Baca@LRT
January 19, 2010 Leave a Comment
Entri kali ini kami ingin menunjukkan penglibatan kami dalam menjayakan projek yang menggalakkan masyarakat supaya membaca di mana-mana sahaja. Pada 16 Januari 2010 yang lalu, teratakkarya terlibat menjadi fotografer sukarelawan bagi program Baca@LRT yang dianjurkan oleh penulis-penulis terkenal tanahair dan dinaungi oleh Puan Ainon Mohd selaku Pengerusi Kumpulan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Program selama 2 jam ini adalah bagi memupuk minat membaca walau di mana sahaja kita berada.
Program yang julung kali diadakan ini bermula pada jam 10 pagi apabila hampir 120 pembaca tegar bersama-sama pegawai dari PTS dan penulis-penulis menaiki LRT dari stesen Terminal Putra Gombak sambil membawa buku masing-masing. Semua peserta membaca buku di dalam LRT bermula dari stesen Terminal Putra sampai ke stesen Kelana Jaya. Di stesen Kelana Jaya, setiap peserta dihadiahkan penanda buku tanda sokongan mereka kepada porgram ini.
Teratak Karya merasa bangga kerana kami dapat menyumbangkan sesuatu bagi kempen yang hebat ini. Semoga dengan adanya kempen seperti ini, minat membaca di kalangan masyarakat akan bertambah dan membantu dalam memandaikan bangsa.











