Majlis Pertunangan Umi & Mazlan

Resepsi Hairi & Ain

Majlis resepsi di Seksyen 24, Shah Alam.

Pernikahan Hairi & Ain

Majlis pernikahan Hairi & Ain di Seksyen 24, Shah Alam.

 

 

Baca@LRT

Entri kali ini kami ingin menunjukkan penglibatan kami dalam menjayakan projek yang menggalakkan masyarakat supaya membaca di mana-mana sahaja. Pada 16 Januari 2010 yang lalu, teratakkarya terlibat menjadi fotografer sukarelawan bagi program Baca@LRT yang dianjurkan oleh penulis-penulis terkenal tanahair dan dinaungi oleh Puan Ainon Mohd selaku Pengerusi Kumpulan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Program selama 2 jam ini adalah bagi memupuk minat membaca walau di mana sahaja kita berada.

Program yang julung kali diadakan ini bermula pada jam 10 pagi apabila hampir 120 pembaca tegar bersama-sama pegawai dari PTS dan penulis-penulis menaiki LRT dari stesen Terminal Putra Gombak sambil membawa buku masing-masing. Semua peserta membaca buku di dalam LRT bermula dari stesen Terminal Putra sampai ke stesen Kelana Jaya. Di stesen Kelana Jaya, setiap peserta dihadiahkan penanda buku tanda sokongan mereka kepada porgram ini.

Teratak Karya merasa bangga kerana kami dapat menyumbangkan sesuatu bagi kempen yang hebat ini. Semoga dengan adanya kempen seperti ini, minat membaca di kalangan masyarakat akan bertambah dan membantu dalam memandaikan bangsa.

Pengarah program - Saudara Izwan

Peserta bertukar-tukar cerita mengenai buku yang mereka baca

Khusyuk membaca

Pelbagai jenis buku

Di Stesen Kelana Jaya

Bookmark Baca@LRT

Saiful & Nisa – Masjid UIAM

Salam,

Entri kali ini adalah sebagai rakan sepejabat je. Kami bukan official   photographer pun. Cuma tag along dan ambil gambar. Majlis nikah di Masjid UIAM, dan ada makan-makan sedikit. Resepsi di pihak perempuan belum kami ketahui bila tarikhnya. Jadi, shoot outdoor sikit la..Enjoy!

Berdebar menanti dinikahkan…

Aku terima nikahnya….

Zita & Fairuz, Sabak Bernam.

Wedding berlangsung pada 11 Disember 2009. Sorry ye lambat sikit upload sebab laptop ada di kedai. Maklumlah, laptop ni penat. Sekali-sekala kena servis juga. Majlis nikah berlangsung pada hari Jumaat selepas solat Jumaat dan majlis persandingan pada keesokan harinya. Seperti entri saya sebelum ini, photoshoot ini benar-benar mencabar kami. Rumah kampung beratapkan zink menyebabkan kami berpeluh-peluh bagi mengambil gambar pengantin dan bersesak-sesak pula dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang juga mahu merakamkan detik indah kedua mempelai ini. Namun, ucapan terima kasih buat mempelai dan keluarga kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang majlis. Semoga ikatan perkahwinan kalian bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Dua pasangan..

Salam,

Bagi penutup tahun 2009, kami ke Jengka 3, Pahang meraikan majlis menyambut menantu yang melibatkan dua adik beradik. Pasangan Isa & isteri serta Mizi & isteri (maaf lupa nama si isteri. Hehehe..) Majlis perkahwinan sederhana namun meriah. Kemeriahan itu bertambah kerana pasangan ini adalah sepupu kami sendiri.

Pagi itu, majlis marhaban dan cukur jambul tiga bayi diadakan. Kemudian majlis persandingan kedua-dua pasangan dan seterusnya yang paling meriah adalah ‘group photo’ ahli keluarga dan sanak saudara. Terima kasih kepada Mohd Zawawi (adik hubby) dan Mokhtar (adik saya) kerana membantu sesi photography ini memandangkan saya tidak dapat memegang kamera kerana si kecil Mardhiah tak mahu berenggang denga ibunya. Anyway, both of you did a very good job. So, enjoy the photo.

Peranan Ahli Keluarga

Salam semua,

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman photoshoot di dua tempat sepanjang Disember ini. Minggu kedua Disember saya dan suami ada photoshoot di Sabak Bernam. Maaf, tak dapat nak upload gambar sebab laptop ada problem dan dah dihantar ke kedai untuk repair. Sadisnya, semua gambar dah ditransfer dari kamera ke laptop dan tiada salinan lain. Maaf ye, Zita & Fairuz. Gambar korang lambat sikit ye.

Saya nak bercerita mengenai peranan ahli keluarga dalam menjayakan majlis perkahwinan dan artikel ini bersangkut paut dengan photoshoot. Semasa majlis di Sabak Bernam, kami (photographer dan pengantin) terpaksa menahan kepanasan cuaca terik dan keadaan dalam rumah yang panas (rumah kayu beratapkan zink). Jadi, photoshoot di dalam rumah amatlah mencabar. Jadi, ahli keluarga yang memahami segera bertindak dengan tidak berlengah-lengah apabila diminta bergambar bersama pengantin. Terima kasih di atas kerjasama semua ahli keluarga Zita. Semasa sesi photoshoot di dalam bilik pula, kakak pengantin cepat-cepat menggayakan adiknya untuk berposing. Bagi menjimatkan masa dan mengelakkan daripada make-up pengantin cair dengan cepat. Jadi, terima kasih juga buat kakak Zita yang baik hati.

Minggu terakhir di bulan Disember, kami ada photoshoot di Jengka 3, Pahang. Buat pengetahuan, pengantin adalah sepupu saya sendiri. Jadi kami tak ada masalah dengan ahli keluarga pengantin. Cuma kami harapkan kepada ahli keluarga pengantin, jangan malu-malu meminta fotografer mengam,bil gambar pengantin bersama ahli keluarga. Kumpulkan sanak saudara yang hendak bergambar dengan pengantin dan manfaatkan sebaik-baiknya kehadiran fotografer. Saya dan suami lebih suka sekiranya ahli keluarga pengantin meminta kami mengambil apa sahaja gambar yang mereka mahukan selagi kami masih berada di majlis tersebut. Kami juga kadang-kadang kehilangan untuk mengambil gambar. Jadi elok kiranya ada ahli keluarga yang membantu.

Sekian untuk entri kali ini.

Hazar & Wani – Baling, Kedah

Salam semua,

Hampir setiap minggu kami sibuk dengan urusan perkahwinan. Maklumlah, musim cuti sekolah ini ramai yang mengadakan majlis perkahwinan. Pembukaan bulan Disember ini, hubby dan 2nd fotografer yang baru berjinak-jinak menuju ke Baling, Kedah. Mungkin ada yang mengenali si pengantin lelaki. Beliau adalah Hazar daripada kumpulan nasyid Wildan. Majlis di Baling, Kedah berlangsung cuma setengah hari. Nikah selepas Zohor dan terus majlis resepsi. Walaupun kelihatan penat, pasangan ini tetap memberikan kerjasama yang baik. Tahniah daripada kami dan semoga kekal ke akhir hayat. Amin.




Tips buat bakal pengantin..

Salam semua,

Hari ini saya mahu kongsi beberapa tips buat bakal pengantin berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya selama di dalam bidang wedding photography ini. Tips ini sesuai dan berguna buat bakal pengantin yang mahukan majlis mereka menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kepada bakal pengantin yang mahu mendapatkan khidmat photographer, tips ini berguna buat anda.

#1: Buat survey photographer yang ada dengan bertanyakan kawan-kawan, melayari blog dan website serta melihat iklan di majalah. Dapatkan harga yang sesuai dengan bajet dan menepati citarasa. Pastikan juga pakej yang diberikan berpatutan dan bertepatan dengan kualiti gambar yang diambil.

#2: Pastikan survey dan tempahan dibuat 4-5 bulan sebelum majlis kerana dikhuatiri tiada photographer yang available. Kebanyakan photographer mempunyai photographer sampingan yang mengganti mereka sekiranya jadual mereka penuh pada waktu itu. Sekiranya demikian, pastikan juga photographer sampingan ini mempunyai kualiti yang sama atau lebih baik daripada photographer yang kita ambil.

#3: Setelah tempahan dibuat, berbincanglah dengan photographer apakah shot yang diinginkan ketika majlis itu nanti. Sekiranya perlu, berikan jadual majlis (sekiranya dibuat di dalam dewan dan mempunyai protokol) kepada photographer. Berbincang dengan photographer ‘pose’ bagaimana yang diinginkan. Ada photographer yang datang seorang diri dan hilang idea untuk mencadangkan pose yang menarik. Jadi, buatlah persediaan dengan membuat survey pose yang menarik.

#4: Kepada pengantin yang malu memberikan pose di khalayak ramai dan di hadapan photographer lelaki, sebaiknya carilah photographer perempuan. Photographer perempuan juga memudahkan bakal pengantin bertudung yang mahukan keselesaan ketika mengambil gambar ketika disolek tanpa tudung.

#5: Sebelum majlis, pastikan anda rehat secukupnya supaya anda tidak nampak letih pada majlis anda nanti. Ketika majlis, berikan perhatian kepada photographer. Melirik sedikit kepada photographer supaya anda nampak sekiranya photographer memberi signal atau cue untuk berposing atau meminta anda senyum.

#6: Sentiasa senyum sepanjang majlis anda dan kurangkan mengelip mata kerana dikhuatiri gambar yang ditangkap adalah gambar memejamkan mata.

#7: Beri kerjasama sepenuhnya kepada photographer. Ada pengantin yang mengadu penat apabila diminta berposing oleh photographer. Namun, tidak puas hati kerana terlalu sedikit gambar pengantin.

#8: Bagi sesi outdoor, luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam bersama photographer. Sebaiknya selepas berjumpa dengan semua sanak saudara dan kawan-kawan. Kadangkala, ada photographer yang mencadangkan supaya mengambil gambar post wedding iaitu dengan berpakaian biasa (tanpa baju pengantin) dan memilih hari lain untuk sesi outdoor. Namun, ada photographer yang mengenakan caj tambahan bagi sesi ini dan ada juga yang memberinya secara percuma (dengan syarat..)

#9: Beri masa 2-3 minggu bagi photographer memilih, mencetak dan menyediakan album anda. Ketelitian perlu bagi menjaga kualiti gambar.

Bagi bakal pengantin, gambar perkahwinan adalah sama pentingnya dengan persiapan perkahwinan yang lain. Tak guna sekiranya kita menempah pelamin yang indah, baju yang bergemerlapan dan warna tema yang sedondon namun semua itu tidak dirakamkan melalui lensa kamera. Buatlah pilihan yang bijak dan rancanglah majlis anda sebaiknya. Semoga kehidupan selepas berkahwin menjadi kehidupan yang bahagia buat anda dan pasangan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.